Sememangnya tidak menyelesakan jika kita sentiasa menghadapi simpton selsema seperti hidung yang tersumbat, sakit di pipi, sekitar mata dan kepala, yang biasanya terjadi ketika waktu pagi. Tekak pula seakan dipenuhi oleh kahak. Jika simpton ini terjadi pada hampir setiap hari, barangkali ini menunjukkan simpton penyakit resdung.
Resdung adalah merupakan keradangan yang biasanya terjadi kepada lapisan membran di dalam mana-mana ruangan sinus. Resdung adalah mempunyai risiko yang boleh menyebabkan kita menjadi teramat sensitif kepada bahan-bahan yang mampu menyebabkan alahan. Ini termasuklah perubahan cuaca (sejuk), pencemaran alam sekitar dan juga masalah jangkitan bakteria.
Ada beberapa lubang yang berisi udara pada tengkorak dan ia diliputi mukus serta membuka ke dalam kaviti (ruang) hidung. Ruangan inilah yang kita panggil sebagai sinus.
Resdung adalah merupakan masalah yang biasa di serata dunia ini. Seandainya kita membuat imbasan kepada 10 orang normal, akan didapati hampir 80 peratus daripadanya didapati menghadapi masalah resdung ringan, dimana ia tidak memerlukan apa-apa rawatan.
Sebagai contohnya, di negara Amerika Syarikat, 37 juta orang secara anggaran, mengalami masalah resdung pada setiap tahun dan angka ini dijangka lebih tinggi disebabkan gejala resdung hasil dari jangkitan bakteria lazimnya disalah ertikan sebagai selesema atau alahan dan agak ramai mereka yang tidak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Ini adalah sama keadaannya di Malaysia di mana terdapat kira-kira 60 hingga 65 peratus rakyat yang mempunyai masalah resdung . Ini bagaimanapun, kurang 50 peratus daripada angka ini telah datang bagi mendapatkan rawatan dan terdapat ramai dari mereka yang memilih rawatan resdung tradisional sebagai cara ‘menghilangkan’ keradangan sinus.
Secara semulajadinya ruangan sinus kita diliputi oleh lendir sebagai perlindungan. Mukus terkumpul ini akan dialirkan masuk ke saluran hidung kita bagi memastikan ruangan sinus akan sentiasa berkeadaan bersih. Apabila kita mengalami selesema atau kita mendapat serangan alahan, sinus ini akan mengalami keradangan dan akan menyebabkan ia tidak mampu mengalirkan mukus. Pengumpulan mukus ini seterusnya menyebabkan hidung akan tersumbat dan mengundang jangkitan bakteria.
Berasaskan kepada Perunding Pembedahan Telinga, Hidung, Tekak — Kepala dan Leher, di Pusat Perubatan Gleneagles Intan iaitu Dr Mohd Husni Ahmad, penyakit resdung dikategorikan kepada dua jenis iaitu akut (yang berlaku dalam tempoh pendek) dan kronik. Walaubagaimanapun, penyakit resdung kronik adalah lebih biasa dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan kepada semua peringkat umur.
Tuesday, January 27, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)